Kebetulan atau Suratan
Memang sayang nak tukar kerja lain, tp nak wat caner lagi…ekonomi
dah tak stabil, taraf hidup makin lama makin tinggi. Kereta makin lama makin
banyak. Rumah makin lama makin mahal..Keluarga pun dah besar, nampaknya kena cari alternative
lain ataupun cari kerja yang lebih bagus.
Dulu punya cerita 10 tahun lepas iaitu 31 Mei 2006, starting kerja kat
kompeni ni..tuuttt..tuttt.kat subang jaya..tuttttt. boleh lagi la sebab
komitmen tak banyak..haha. sekarang 28 Mei 2015 aku tgh tunggu nak anto surat
resign je pada 1 Jun nanti. Maka
genaplah 9 tahun bekerja di situ. Kalau nak tanya kenapa aku berhenti sebab adaalaaahh.. jangan fitnah eek! Bukan sebab aku bikin problem tau :D
Aku nak berkongsi tentang kebetulan dalam entry ni
sebenarnya.. memula dpt berita mengenai vacancy ni daripada adik ipar aku yang bekerja
kompeni yang sama. Masa nak gi interview kali pertama memang jatuh hari cuti
aku(Offday)-Kebetulan. Pastu dia suruh datang untuk second interview pun jatuh
pada Offday aku-Kebetulan lagi. So aku tak perlu susah-susah nak tukar shift dengan
kawan seangkatan..
Then finally, dapat juga offer letter dari diorang. Alhamdulillah, memang syukur sangat2 sebab rezeki yang aku boleh dapat lebih lagi dari kompeni lama..dan akhirnya aku dapat simpulkan ini bukan Kebetulan, sudah tertulis sebenarnya. Tuhan telah berikan jalan
dan Dia Juga telah memudahkan segala urusan termasuklah medical checkup aku.
Setiap yang berlaku memang ada "hikmah", hikmah terbesar adalah aku dapat memperbaiki taraf kehidupan aku. Sampai bila kita nak duduk di "takuk" lama:tiada perubahan. Tak kurang juga ada juga hikmah 'kecil kecilan'. Hehe..I know i'm bad but i have limitation. Semua Lelaki Sama, campaklah dalam hutan pun dia akan "cool" jer ...HAHAHA...gelak laa weii..
Kepada kengkawan sekerja yang mengenali harap korang paham, aku tak perlu penjelaskan, cukuplah mengatakan terima kasih kerana menjadi menjadi 'Kawan' aku dan juga kerja sama yang anda semua berikan, aku percaya korang juga akan "blah" dari kompeni ni suatu hari nanti..biarlah aku yang mulakan dulu, agar korang ada kekuatan dan semangat untuk berhijrah. Peace and Love U ALL. Geng..just keep my number and we can still keep in touch.. Fuhhh !! ayat berapi.. daa
No comments:
Post a Comment